Friday, January 11, 2008

Tiga siswa UiTM Dungun dikhuatiri lemas
DUNGUN: Tiga siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, di sini, petang semalam.Kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa bersama lima lagi rakan mereka pergi ke tempat kejadian yang dipercayai berlaku fenomena gelombang ombak besar, bagaimanapun, lima rakan mangsa sempat berenang ke pantai.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata kejadian berlaku jam 6.30 petang dan sehingga jam 10 malam tadi, ketiga-tiga mangsa belum ditemui.Menurutnya, mangsa yang hilang dikenali sebagai, Mohd Nasri Mohd Nasir, 20, dari Bukit Selar Kuala Balah, Jeli, Kelantan; Muhammad Ismat Syafik Zainuddin, 22, dari Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur dan Nazirul Syazwan Shamsudin, 20, dari Tanah Lot Batu 18, Ajil, Hulu Terengganu.
Muhammad Ismat Syarik, pelajar diploma elektrik adalah anak Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik (KDNKA) di Ibu Pejabat Polis Kajang.

Mohd Nasri adalah pelajar jurusan perhotelan manakala Nazirul Syazwan pelajar dalam jurusan pemasaran.Setakat ini usaha menyelamat yang dijalankan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), Polis Marin, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) dan pasukan penyelamat UiTM masih diteruskan.Harian Metro difahamkan, ia akan diteruskan hingga hari ini kecuali usaha mencari membabitkan kawasan laut dalam dihentikan lewat malam tadi akibat faktor cuaca.Bagaimanapun, usaha di kawasan pesisir pantai itu akan dihentikan sekiranya pihak berkuasa mendapati gelombang ombak berkenaan mengancam keselamatan anggota penyelamat.Berikutan insiden itu, Dahlan meminta orang ramai khususnya penduduk di kawasan berkenaan mengelak daripada menghampiri kawasan pantai sepanjang musim tengkujuh ini.“Keadaan cuaca masih tidak menentu dan saya berharap orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

come on,go ahead laa...give a comment :)